Solidariti Buat Umat Islam, Wanita New Zealand Bangga Berhijab

179

Tiada apa yang kami dapat katakan melainkan rasa terharu melihat sebahagian besar wanita New Zealand mengenakan hijab hari ini sebagai solidariti ataupun tanda penghormatan buat umat Islam dan mangsa serangan tembakan rambang di masjid Christchurch, Jumaat minggu lalu.

Kempen berhijab ini juga dilakukan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakan wanita bertudung supaya lebih berani dan tidak berasa takut untuk menutup aurat mereka.

Menerusi hashtag #headscarfforharmony, ia mula diwar-warkan sejak awal minggu lalu,inisiatif seorang doktor di sebuah hospital di New Zealand, Thaya Ashman. Beliau dikenali sebagai sukarelawan perubatan yang pernah menyertai misi di Afghanistan.

Berikut beberapa lagi foto wanita New Zealand yang bangga mengenakan hijab serta menunjukkan rasa sayang dan hormat terhadap tragedi yang menimpa umat Islam di negara tersebut baru-baru ini. Memang sejuk mata memandang.

 

 

 

 

 

 

 

Comments

comments