Sony Mengumumkan Acara PlayStation 5 Pada 4 Jun Ini, Yang Boleh Ditonton Secara Langsung

Sony secara rasmi telah mengesahkan acara PlayStation 5 (PS5) yang seterusnya akan diadakan pada 4 Jun ini. Acara ini akan bermula pada pukul 4.00 Eastern Time (ET) dan 1:00 Pacific Time (PT).

Sony menjanjikan kepada peminatnya, mereka akan dapat melihat line-up permainan video yang bakal dimainkan pada PS5 selepas ia dilancarkan pada hujung tahun ini. Acara ini akan berlangsung selama lebih dari satu jam menurut Jim Ryan, Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment.

“Pilihan permainan video untuk PS5 adalah yang terbaik dalam industri dari studio inovatif yang merangkumi seleuruh dunia. Semua pihak telah berusaha keras untuk membangunkan permainan video ini yang bakal membawa satu era baharu.”

Advertisement

Menurut laporan, Sony akan mengadakan acara PS5 ini sehari lebih awal iaitu pada 3 Jun, dengan fokus terutamanya pada permainan video. Sony membayangkan tidak akan mendedahkan setiap perincian konsol PS5 pada acara ini, namun acara selanjutnya dikatakan akan diadakan pada bulan seterusnya.

“Ini merupakan sebahagian daripada siri kemas kini PS5, dan selepas acara minggu hadapan, masih banyak lagi yang ingin dikongsi dengan para peminat PlayStation.”

Sony setakat ini telah mengumumkan spesifikasi PS5, logo, dan controller untuk konsol tersebut. Sony masih belum menunjukkan sebarang perincinan sebenar pada konsol PS5 itu sendiri, dan ramai mengharapkan akan ada sedikit preview pada 4 Jun ini.

Ciri penting terbaru dari PS5 adalah merupakan SSD eksklusifnya yang menyediakan penyimpanan 825GB dengan prestasi kelajuan 5.5GB/s. Epic Games baru-baru ini memberikan demonstrasi teknologi Unreal 5 yang menakjubkan pada konsol PS5, mempamerkan ciri 8K sinematik dan kesan pencahayaan dinamik.

Acara ini dapat ditonton secara langsung di Twitch dan YouTube rasmi Sony PlayStation.

BACA: PlayStation 5 Berkelajuan Seratus Kali Ganda Berbanding Playstation 4

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments