Sony Perkenalkan Teknologi ‘Aircond’ Boleh Dipakai Untuk Bantu Atasi Cuaca Panas

1696

Biasanya kalau cuaca panas pasti ramai yang tak selesa nak keluar kan? Dengan cuaca panas, berpeluh lagi mesti lah tak selesa. Rasa macam nak angkut aircond tu keluar sekali kalau boleh kan? Mungkin berinspirasikan daripada situasi ini, Sony telah melancarkan teknologi penghawa dingin yang boleh ‘dipakai’.

Reon Pocket yang bersaiz sebesar kad ini akan dimasukkan ke dalam poket khas pada belakang leher dan memberikan efek sejuk atau panas mengikut keselesaan.

Menggunakan Peltier Effect dimana haba akan diserap atau dikeluarkan apabila melalui arus elektrik untuk menurunkan suhu badan kepada 23F atau naik kepada 14F tanpa sebarang bunyi.

Pengguna boleh mengawal sendiri suhu menggunakan aplikasi telefon bimbit tetapi Sony sedang berusaha untuk mendapatkan automatic mode untuk kemudahan pengguna.

Walaubagaimanapun, Sony menjangkakan bateri ini boleh digunakan sepenuhnya tanpa perlu dicas untuk tempoh 24 jam hanya untuk sambungan Bluetooth. Manakala bateri hanya mampu bertahan kurang daripada dua jam sahaja.

Teknologi Reon Pocket ini yang masih dalam proses akhir crowdfunding dijangka akan dipos bermula bulan Mac 2020 dan hanya dipasarkan ke Jepun pada harga ¥12,760 (RM 484.56).

Sempena Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 akan datang ni, sesuai lah kalau ada yang ingin dapatkannya nanti. Barulah sejuk sikit rasa kalau nak menonton atlet berentap nanti kan.

Sumber: engadget

Comments

comments