Sony Sah Lancarkan PlayStation 5 Pada Tahun Hadapan

675

Sony akan mengeluarkan PlayStation 5(PS5) yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun hadapan.

Sony juga telah membuat pengmuman bahawa terdapat beberapa perubahan pada PlayStation 5 dengan fungsi baharu yang mana mereka menjanjikan pengalaman permainan yang lebih imersif, sekaligus mereka ingin mengubah bentuk alat kawalan tersebut dengan inovasi yang berbeza.

PlayStation 5

Perkara pertama yang diubah adalah alat kawalan baharu PlayStation 5 adalah mengubah fungsi gegaran alat kawalan Dualshock kepada teknologi haptic.

Menurut Sony, melalui teknologi ini pemain akan merasai hasil gegaran tersebut dengan lebih meluas dan terperinci.

Inovasi kedua pula adalah butang kawalan L2 dan R2 yang mana mereka akan menukarkan kepada pemicu adaptif. Ini sekaligus memberi peluang kepada pembangun untuk menghasilkan butang pemicu yang lebih mendalam dengan tepat.

Bukan itu sahaja, Sony juga akan menggunakan teknologi Haptic yang menjajikan bahawa PlayStation 5 akan dinamakan sebagai (Dualhock 5) yang akan memberi pengalaman dalam permainan yang lebih realistik.
alat kawalan PlayStation 5

Apabila pemain menekan butang L2 atau R2 untuk menarik ataupun menekan butang tersebut untuk memecut di dalam permainan perlumbaan dengan kenderaan di litar yang kasar, pemain akan merasai segala gegaran tersebut melalui inovasi alat kawalan ini.

Sony juga menyatakan bahawa teknologi tersebut juga akan memberi fungsi rintangan ketika pemain menggunakan butang tersebut, sekaligus memberi pengalaman yang berbeza ketika bermain.

Selain itu, Sony juga mengesahkan alat kawalan tersebut akan menggunakan USB-C dan juga saiz bateri yang lebih besar, sekaligus membuatkan ianya lebih berat berbanding Dualshock 4. Namun, ianya masih lagi tidak seberat alat kawalan Xbox dengan bateri.
Storan PlayStation 5

Menariknya juga, dengan teknologi storan SSD, pemain juga diberi kebebasan yang lebih meluas untuk memasang permainan seperti memasang mod multi-pemain sahaja dahulu untuk sesuatu permainan, ataupun membuang bahagian solo apabila pemain selesai bermainnya.

Sony juga mengesahkan paparan antara muka PlayStation 5 akan diubah-suai dengan lebih mesra pengguna, yang mana pasti akan membantu pemain untuk menyertai sesi permainan atas-talian dengan lebih terperinci dan melihat lokasi dan keadaan pemain lain di dalam permainan video dengan lebih terperinci.

 

Sama-sama kita nantikan PlayStation 5 tahun hadapan.

Sumber: The Verge

 

Comments

comments