SPRM Tumpaskan Sindiket Jualan Setem Hasil Kerajaan Dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)

SPRM

Tujuh ahli sindiket penjualan setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) berjaya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang melibatkan kerugian hasil kerajaan melebihi RM15 juta.

Kesemua mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun itu terdiri daripada empat kakitangan sebuah syarikat percetakan keselamatan dan tiga orang awam.

Setem hasil biasa digunakan oleh orang ramai sebagai bayaran duti setem dan kebiasaan dibeli di pejabat pos atau Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sejumlah 2,500 keping Setem Hasil Kerajaan bernilai RM12.5 juta telah dirampas dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur. Setem hasil yang bernilai RM250 dijual di pasaran gelap dengan nilai RM40 hingga RM60 manakala setem hasil bernilai RM10 dijual dengan harga RM5 hingga RM6.

Advertisement

PLKS

Dalam masa yang sama, mereka juga menjual pelekat PLKS yang mempunyai ciri keselamatan untuk kegunaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di mana ia dijual kepada warga asing dengan nilai RM700 hingga RM800 melalui pasaran gelap.

Ia jauh lebih murah berbanding harga sebenar untuk mendapatkan PLKS iaitu antara RM2,000 hingga RM3,000 yang dikeluarkan oleh JIM mengikut sektor pekerjaan yang dipohon.

Sementara itu, sindiket ini dipercayai melakukan kegiatan ini sejak tiga tahun dan mengaut keuntungan yang bernilai jutaan ringgit.

Datuk Seri Ahmad Khusairi selaku Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM mengesahkan tangkapan tersebut dan kes ini disiasat di bawah seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“SPRM memandang serius isu ini kerana ia melibatkan kerugian dan ketirisan kepada hasil kerajaan”.

Beliau menjelaskan risikan ke atas sindiket tersebut berjalan lebih enam bulan hasil kerjasama SPRM dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Sumber

 

Comments

comments