Statistik Catat 12,705 Individu Daftar Aplikasi Sugarbook, Cari ‘Sugar Daddy’

Baru-baru ini, peningkatan jumlah mahasiswa di Lembah Klang yang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral, bagi mencari ‘sugar daddy’ perlu dipandang lebih serius. Malahan, ada diantara mereka yang menggunakan ‘sugar daddy’ untuk menampung kos pembelajaran sahaja.

Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, berkata statistik menunjukkan seramai 12,705 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berdaftar dengan aplikasi Sugarbook untuk mencari ‘sugar daddy’.

Berdasarkan rekod katanya, terdapat peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran pengguna baharu aplikasi itu akibat desakan hidup sewaktu pandemik COVID-19 masih lagi menular di seluruh dunia.

Katanya, perkembangan yang sangat membimbangkan ini menggambarkan keruntuhan moral dan pada masa sama menunjukkan kegawatan kewangan golongan pelajar yang semakin meruncing hari ini.

“Saya mengharapkan semua pihak terus memandang serius laporan ini kerana jika tidak keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan pelajar akan menjadi sangat membimbangkan” 

Baru-baru ini media melaporkan Malaysia diletakkan pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’. Ish, bahaya..

Advertisement
Gambar Hiasan

 

Muhammad Amir Asyraf berkata, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi mahu membuka mata pihak berwajib supaya dapat memikirkan solusi berkesan bagi mengurangkan kegiatan itu dalam kalangan mahasiswa.

“Saya juga memohon kepada mahasiswa yang mempunyai masalah terutamanya daripada segi kewangan untuk terus menghubungi IPT masing-masing terutamanya jika berkaitan dengan meneruskan pembelajaran”

Sebelum mengakhiri, beliau turut percaya setiap IPT di negara ini akan terus membantu mahasiswa yang memerlukan.

Comments

comments