“Steady La Adik!” – Aksi Berani Si Cilik Tunggang Kerbau ‘Bobi’ Cuit Hati Warga Maya

Gelagat Si Cilik Tunggang kerbau

Anak yang kian membesar merupakan anugerah yang perlu diberi perhatian ibu-bapa. Pada fasa ini, si cilik pastinya gemar meneroka dan mencuba pelbagai perkara baru. Betul tak?

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian nrnjihah mengenai telatah comel anaknya yang menunggang kerbau. Menariknya, aksi adik ini terlihat sangat berani dan selamba tau!

Kerbau peliharaan keluarga yang diberi nama Bobi itu juga seolah selesa dengan kehadiran adik ini. Memang nampak manja sangat.

@babyyyyyyyp09_???. #flyyyyyyyyyyyyyy #kerbau? Pipo ? – pipo ?

Ketika ditanya Mstar, ibu si cilik berkenaan, Nur Idayu Mat Sekeri berkata, anaknya itu sememangnya gemar meluangkan masa bermain dengan kerbau peliharaan adiknya yang baru dibeli minggu lalu.

“Saya gembira dari kecil lagi dia ada sifat cintakan haiwan, dan bagi saya ia patut dipupuk dalam diri anak-anak” 

Tambah wanita ini, didikan ini bergantung kepada ibu-bapa kerana masing-masing mempunya cara tersendiri. Tambahan, dia turut merasakan aktiviti sebegini lebih bagus daripada pendedahan kepada gajet ketika usia mereka masih kecil. Salute lah!

Advertisement
@babyyyyyyyp09_AdamIkram?? ##flyyyyyyyyyyyyyy ##pkp ##budakkampong ##mainanpetang ##kerbaubaik

? original sound – Deny

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terlihat sangat terhibur dan teruja dengan keberanian anak kecil ini.

Selain memujinya, ada juga yang sempat menyelit kehidupan mereka yang fobia dengan kerbau. Memang lucu habis.

“Steady lah adik! Akak sampai sekarang fobia dengan kerbau, kes balik dari jogging, air teh kena ligan..sampai rumah tinggal plastik je!”

Macam-macam hal ya. Apa pun adik ini memang comel! Semoga sifat berani adik ini dapat menjadikannya seorang yang hebat kelak.

SUMBER

Comments