Suami Buat Surat Rasmi Minta Kebenaran Isteri Beli ‘PC Gaming’

Lelaki dan permainan video memang sukar untuk dipisahkan. Tidak kira peringkat umur pastinya setiap lelaki gemar bermain permainan video sama ada di konsol, komputer mahupun telefon pintar.

Namun, apabila telah berkeluarga seringkali minat itu terpaksa diketepikan terlebih dahulu kerana mempunyai komitmen yang lebih penting untuk diutamakan. Tidak kurang juga ada yang tidak berani bermain atau membeli permainan video kerana kes ‘takut bini’.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Nana Lisa berkongsi ‘surat permohonan’ suaminya untuk mendapat kebenaran membeli set komputer gaming yang baru.

Suaminya menulis surat itu untuk meminta persetujuan Nana membeli peralatan komputer berkenaan. Apa yang mencuit hati, si suami menulis dalam bentuk surat rasmi serta melampirkan sebut harga dan gambar barangan tersebut.

Advertisement

“Jika sayang ingin membuat sumbangan, kecil tapak tangan, nyiru bie tadahkan.”

Surat permohonan itu menyatakan komputer yang digunakan oleh si suami telah berusia hampir 10 tahun dan dianggap sudah tidak relevan buat masa sekarang.

Si suami pastinya gembira apabila perkongsian itu turut diakhiri dengan persetujuan isteri menggunakan hashtag #permohonandiluluskan dan #janganlupasyaratlulus.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan ini yang dianggap sweet dan lucu.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments