Suami Kantoi Simpan Tabung Kecemasan Di Atas Kabinet, Si Kucing Jadi Pembongkarnya

4303

Biasanya kalau selepas berkahwin setiap pasangan pasti berkongsi semua perkara pada pasangan mereka. Daripada hal rumahtangga hingga lah hal peribadi mesti akan dikongsi sama-sama. Nama pun suami isteri. Jadi maknanya tiada rahsia antara kita. Tapi betul ke macam tu?

Baru-baru ni seorang isteri di Thailand berjaya membongkarkan rahsia yang dipegang oleh suaminya sendiri. Rupa-rupanya suaminya ada menyimpan satu kotak berisi duit dan disorokkan di atas kabinet.

Yang kelakarnya, kotak tersebut dijumpai oleh kucing mereka sendiri!

via GIPHY

“Kucing saya melompat ke atas kabinet dan menolak sebuah kotak yang disorok oleh suami saya. Kemudian kotak ini jatuh dan di dalamnya ada banyak duit. Daripada situ lah, rahsianya terbongkar.” 

Perkongsiannya di Facebook itu telah mendapat 14 ribu perkongsian dan rata-rata netizen turut terhibur melihat gambar kucing yang dikongsikan itu. Tengok lah muka tak bersalah kucing tu…

kucing hitam dengan kotak berisi duit
Menurutnya lagi sebelum ini ketika dia meminta duit belanja pasti suaminya akan berkata dia tidak mempunyai duit. Hakikatnya, duit tabung yang disorok itu mencecah sehingga RM272. Wow, banyak juga tu.

Ramai yang berasa terhibur dengan perkongsian ini tetapi bagi mereka yang ada menyorokkan ‘tabung kecemasan’ ini mesti dah mula rasa resah. Mana lah tahu kucing di rumah pun nak buat benda yang sama juga.

via GIPHY

Sumber: WOB

Comments

comments