Suami Sanggup Sorok Isteri Dalam But Kereta Untuk Elak Daripada Dicekup Ketika Sekatan Jalan Raya

sekatan jalan raya

Hari ini masuk hari pertama fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sehingga 14 April ini. Namun, tempoh fasa kedua PKP bergantung kepada sejauh mana masyarakat bekerjasama untuk memutuskan rantaian COVID-19. Walaupun keadaan masih membimbangkan tetapi masih ada lagi sebilangan individu yang terlalu ‘kreatif’ mencipta pelbagai alasan ketika disoal oleh pihak berkuasa.

Baca: Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Kedua PKP Yang Bermula Hari Ini

Pelbagai alasan yang sesetengahnya tidak masuk akal sudah dikira memeningkan kepala namun ada juga yang sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk melepasi sekatan jalan raya yang dilakukan pihak berkuasa.

Seorang pemandu lelaki di United Kingdom (UK) ditahan kerana melanggar arahan sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan. Pemandu tersebut memberi alasan dia ingin mengambil barang yang dibeli secara dalam talian iaitu sebuah tingkap yang berharga £15 (RM80).

sekatn jalan di UK

Lebih memeranjatkan pihak berkuasa adalah apabila mereka menemui isteri lelaki tersebut berada di dalam but kereta. Pemandu dipercayai sanggup memandu sejauh 200 kilometer selama 2 jam dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dinyatakan ketika ditahan.

Sepanjang perjalanan yang jauh itu, isterinya hanya berbaring di dalam but kereta selama dua jam. 

Pemandu tersebut dikenakan saman kerana membuat perjalanan yang tidak penting (non-essential travel). United Kingdom telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negara itu bermula malam Isnin (waktu tempatan).

Walau bagaimanapun, rakyat mereka masih dibenarkan untuk keluar atas urusan penting seperti membeli makanan keperluan, mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan tugas yang kritikal.

Sumber 

Comments

comments