Suami Terlalu Setia Hingga Sanggup Bawa Pulang Mayat Isteri Untuk Tinggal Bersama Selama Lebih 10 Tahun

11330
mayat isteri

Kisah yang berlaku di Vietnam ini pernah mendapat perhatian media dan pihak berkuasa apabila seorang suami sanggup membawa balik mayat isterinya untuk tinggal bersama. Le Van yang tinggal di wilayah Quang Nam memberitahu dia dan anaknya tidur bersama-sama mayat isterinya itu hampir sembilan tahun.

Sebelum membawa pulang mayat tersebut, dia sanggup membuat patung daripada simen mengikut ukuran badannya. Kemudian mayat isterinya itu diletakkan di dalam patung tersebut untuk kembali ‘dihidupkan’ bersama.

Pernah tidur di kubur

le van

Semasa isterinya meninggal dunia pada tahun 2013, dia pernah tidur di atas kubur isterinya itu selama berbulan-bulan lamanya. Selepas 22 bulan berlalu, dia mengambil keputusan untuk menggali kubur isterinya itu untuk tidur bersama.

Namun, kegiatannya itu diketahui anak-anaknya yang lain dan mereka turut melarangnya. Tanpa pengetahuan anaknya, dia membawa pulang mayat isterinya dan disimpan di dalam patung simen yang dibuatnya menggunakan kemahirannya sebagai tukang kayu.

Pada mulanya, anak-anaknya menyangka dia membuat patung kayu itu kerana rindukan kepada ibu mereka. Tetapi dia akhirnya mengaku mayat isterinya berada di dalam patung itu dan mengejutkan anak-anaknya yang lain.

Tinggal bersama

le van

Semasa dia menerima berita kematian isterinya pada tahun 2003, dia tidak membenarkan mayat isterinya ditanam. Tetapi selepas ramai menasihatinya, dia terpaksa membenarkannya. Tak lama selepas itu, dia mula terfikir untuk menggali kubur itu dan membawa pulang mayat tersebut.

Walaupun ada yang memanggilnya ‘gila’ dan ‘tidak waras’, dia tidak kisah asalkan dapat bersama semula dengan isterinya. Pihak berkuasa tempatan turut menasihatinya untuk menanam semula isterinya tetapi dia langsung tidak mendengar kata-kata orang sekeliling.

Belikan mekap isteri

le van

Diam tak diam, kini sudah lebih 10 tahun Le Van dan keluarga tinggal bersama-sama mayat isterinya itu. Kadang kala dia akan singgah di pasar raya berhampiran untuk membeli barang kosmetik untuk isterinya. Pada mulanya, pekerja di sana sangkakan dia ingin menghadiahkan untuk anak perempuannya tetapi terkejut selepas mendapat tahu hadiah itu untuk isterinya yang sudah mati.

Dia akan membeli bedak dan gincu untuk dipakaikan pada patung simen mengandungi mayat isterinya itu. Dia juga akan menyiapkan dan membersihkan isterinya itu setiap hari sehinggakan ramai yang memanggilnya ‘gila’.

le van

Menurutnya, isterinya itu masih lagi cantik seperti dahulu dan tiada sesiapa yang dapat tandingi kecantikan isterinya. Dia juga memberitahu akan tetap tinggal bersama mayat isterinya itu sehinggalah ke akhir nafasnya.

Artikel berkaitan: Misteri Penemuan Separuh Mayat Wanita Di Stesen Pam Air Jepun Pada Tahun 1988

Sumber

Comments

comments