Sugu Pavithra Diangkat Sebagai Ikon Bandaraya Ipoh

Youtuber yang kini dikenali ramai, Sugu Pavithra kini diangkat menjadi Ikon Anak Bandaraya Ipoh Tahun 2020. Pengiktirafan tersebut diberikan kepada anak kelahiran Ipoh yang mendapat pengiktirafan dan banyak memberikan sumbangan kepada negara sebelum ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menyatakan kejayaan Pavithra yang dilahirkan di Buntong itu amatlah membanggakan dan boleh dijadikan contoh oleh masyarakat lain.

Pavithra merupakan antara 10 individu yang termasuk dalam senarai bagi merangkul gelaran tersebut.

Advertisement

“Sambutan Hari Bandaraya Ipoh tidak dapat diadakan pada tahun ini disebabkan penularan COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh itu, penganugerahan tersebut akan diberikan kepada mereka secara rasmi tahun depan pada 7 Mei.”

Pengiktirafan itu dikatakan turut pernah diberikan kepada pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh Michelle Yeoh sebelum ini.

Pavithra dan suaminya M. Sugu mendapat perhatian netizen menerusi saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra yang kini mempunyai 779,000 pengikut.

Pasangan ini mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan melahirkan rasa terharu dengan pengiktirafan tersebut.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments