Sugu Pavithra Terima Kad Ucapan Dan Hadiah Tripod Daripada Perdana Menteri

Sugu Pavithra

Saluran Youtube Sugu Pavithra mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Kini, saluran Youtube yang menyediakan video resepi masakan Melayu dan India itu sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Pavithra berjaya menarik perhatian ramai dengan menghasilkan video masakan berkonsepkan resepi yang ringkas dan penyampaian bersahaja. Dia sekeluarga digemari kerana amat fasih berbahasa melayu.

Sugu Pavithra

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut memberi perhatian kepada pencapaian Pavithra, sehinggakan Perdana Menteri terpanggil untuk menyatakan ucapan penghargaan kepada Pavithra sekeluarga.

Advertisement

Perdana Menteri dengan berbesar hati telah mengirimkan kad ucapan berserta hadiah berupa tripod. Perkara ini telah didedahkan menerusi kiriman di laman Facebook Bernama TV.

Tripod yang dihadiahkan harap dapat membantu menaikkan semangat Pavithra untuk meneruskan penghasilan video dengan lebih banyak lagi.

Sememangnya, Sugu Pavithra telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia dengan persembahan video masakan dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium penyampaian.

Setiap video yang dihasilkan oleh Pavithra sangat mudah difahami kerana menggunakan ayat-ayat yang mudah dan ringkas.

Orang ramai juga tidak akan berasa kekok untuk mencuba menu yang diajar Pavithra kerana menu tersebut kebanyakan sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Comments

comments