Sultan Johor Sumbang RM5 Juta Kepada Hospital Johor

Baru-baru ini, beberapa hospital di Kedah memerlukan kontena sejuk beku sebagai persediaan untuk menempatkan mayat pesakit Covid-19 yang semakin meningkat. 

Susulan itu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tampil memberi sumbangan beliau kepada Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sg Petani.

Sebentar tadi, menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memberi sumbangan peribadi sebanyak RM5 juta untuk membeli peralatan keperluan hospital di negeri Johor.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Baginda juga bertitah, bilangan kes harian jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan turut meningkat.

Sektor swasta harus memainkan peranan

Titahnya, sumbangan daripada sektor swasta juga penting untuk memastikan sistem kesihatan hospital Johor dilengkapi dengan pelbagai peralatan perubatan untuk merawat pesakit Covid-19.

“Saya berharap sektor swasta turut tampil dalam menghulurkan bantuan kewangan di mana peralatan-peralatan perubatan ini dapat disampaikan kepada hospital”.

Baginda berkata sedemikian kerana tanggungjawab menangani pandemik Covid-19 tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan semata-mata.

Yayasan Raja Zarith Sofiah dan Sultan Ibrahim Johor

Sultan Ibrahim juga menyeru orang ramai yang ingin membantu, boleh membuat sumbangan kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah untuk keperluan barangan perubatan manakala Yayasan Sultan Ibrahim Johor untuk bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim
Sumber – Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Sejak April tahun lalu ribuan bantuan barangan keperluan makanan disampaikan kepada rakyat menerusi YSIJ di semua daerah”

Sektor swasta yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor ditalian 07-2345252 atau Yayasan Sultan Ibrahim Johor ditalian 07-3564848.

Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.

SUMBERHarian Metro

Comments