Sultan Kösen – Lelaki Tertinggi Di Dunia

Sultan Kösen lahir pada 10 Disember 1982 di Mardin, Turki dan merupakan pemegang Rekod Guinness sebagai lelaki paling tinggi di dunia ketika ini dengan ketinggian 2.51 m (8 kaki 3 inci).

Ketinggian Sultan ialah disebabkan oleh tumor yang menjangkiti kelenjar pituitarinya. Kerangka tubuhnya menyebabkan dia perlu menggunakan tongkat semasa berjalan.

Kösen tinggal bersama ibu bapanya dan tiga orang adik-beradik lelaki dan perempuan, semuanya dengan ketinggian normal. Dia tidak dapat menghabiskan persekolahan kerana ketinggiannya dan bekerja separuh masa sebagai seorang petani. Di sebalik ketinggiannya Sultan mendakwa dia menjalani kehidupan normal dan seronok bermain permainan video bersama kawan-kawannya.

Dia menerangkan kelebihan menjadi tinggi, seperti dapat melihat pada jarak yang lebih jauh dan boleh menolong keluarganya menukar mentol lampu dan memasang langsir. Kekurangannya pula ialah dia sukar mencari pakaian dan kasut yang padan dengan saiznya dan sukar untuk masuk ke dalam kereta saiz normal.

Sultan juga ialah pemegang rekod dunia untuk ‘tapak tangan paling besar’.
Sumber.

Comments