Suntikan Vaksin Fasa Pertama Akan Diberi Kepada 7,042 Anggota Bomba

bomba

Suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama yang bakal tiba akan diberikan kepada kira-kira 7,042 anggota bomba negara ini.

Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutallib iaitu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan seramai 999 daripada jumlah keseluruhan adalah anggota yang bertugas di Sarawak, 945 di Selangor, 784 di Johor dan 740 di Sabah.

“Secara keseluruhannya di Malaysia terdapat 15,000 anggota bomba dan vaksin akan diberikan secara berperingkat, kita serahkan hal pemberian vaksin ini kepada Kementerian Kesihatan kerana mereka bertanggungjawab menentukan langkah seterusnya, termasuk untuk pemberian pada fasa seterusnya nanti”.

vaksin

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Larkin.

Advertisement

Tambahan, beliau juga menjelaskan pemberian vaksin berkenaan diharap dapat menyekat penularan wabak Covid-19 dan dalam masa yang sama, ia dapat melindungi petugas barisan hadapan ketika menjalankan tugas.

Fasa pertama pemberian vaksin yang akan berlangsung sehingga April di mana ia membabitkan petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak ini.

Manakala, fasa kedua bermula pada April sehingga Ogos membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi seperti warga emas.

Fasa ketiga pula meliputi golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas yang akan berlangsung dari Mei sehingga Feb 2022 – BERNAMA.

Sumber

Comments

comments