Superhero Jepun ‘Ultraman’ Bakal Sertai Keluarga Marvel Pada Tahun Hadapan

2369

Siapa yang tak kenal dengan superhero terkenal Jepun iaitu Ultraman ni kan? Kini, Marvel Entertainment dan Tsuburaya Productions mengumumkan kolaborasi mereka untuk filem dan komik terbaru Ultraman. Berita ini juga telah diumumkan oleh Marvel sendiri.

ultraman
Kredit: Marvel

Kolaborasi ini dijangka akan berlaku pada tahun hadapan, 2020. Kerjasama terbaru mereka ini juga akan dilakukan untuk komik dan novel grafik terbaru mereka. Bermula tahun hadapan, Marvel akan membantu mengembangkan era ikonik Ultraman dan diolah mengikut jalan penceritaan dan gaya Marvel.

marvel
Kredit: Marvel

CEO Tsuburaya Production memaklumkan kolaborasi ini pastinya sesuatu yang menggembirakan buat peminat Ultraman. Superhero ikonik Jepun ini sudah mempunyai peminat mereka yang tersendiri sejak bergenerasi lamanya lagi.

Kami cukup teruja untuk mencipta cerita baru untuk francais terbaru Ultraman bersama Marvel dan memperkenalkannya kepada peminat Marvel dan Ultraman di seluruh dunia.

Sebelum ini, Marvel umumkan watak superhero Malaysia untuk Marvel Future Fight. Untuk tahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Malaysia Dah Ada Hero Marvel!”, Eksklusif Untuk Marvel Future Fight

Comments

comments