Surcaj Parkir 10 Peratus Touch N Go Akan Dihapuskan

485

Sebelum ini isu Touch ‘n Go hangat dibincangkan di laman sosial. Rata-rata netizen bengang dengan tindakan Touch’n Go yang telah monopoli semua perkhidmatan.

Tak kira dimana anda berada, contohnya lebuh raya, pengakutan awam dan tempat letak kereta semuanya menggunakan perkhidmatan Touch’n Go.

Baca ini: Touch ‘n Go Tahu makan duit orang je

Kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menghapuskan caj 10% Touch’n Go di kawasan parkir kenderaan secara berperingkat.

pengunaan Touch N Go

Menurut Awani, Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata masih terdapat kontrak sedia ada yang perlu dipatuhi sebelum penghapusan secara keseluruhan dilaksanakan.

Sekarang kita nak hapuskan kos tambahan di mana surcaj 10% itu akan dibatalkan.

Menurut Chong Chieng Jen, caj 50 sen yang dikenakan untuk setiap tambah nilai pula tiada kaitan dengan Touch’n Go kerana menurut mereka, ia dikutip oleh operator lokasi tempat tambah nilai tersebut.

Fakta Touch’n Go

Ia mempunyai 11,168 lokasi tambah nilai di seluruh negara
Kad Touch N Go di seluruh MalaysiaTambah nilai tanpa caj tambahan: Lebih 2,000 lokasi

– Kaunter khidmat pelanggan Touch ‘n Go
– Touch’n Go Spot
– Watsons

kad caj Touch N Go
Kiosk tambah nilai seperti ini tak mengenakan sebarang caj.

– Guardian
– Tesco
– KK Mart
– Caring Pharmacy

Tambah nilai dengan caj tambahan 50 sen

– Stesen minyak
– Pasaraya
– Kedai runcit
– Mesin ATM

Baru-baru ini ramai rakyat Malaysia bersatu di media sosial menggunakan #MansuhTouchNGo untuk memansuhkan pengunaan Touch’n Go

Baca ini: Trending mansuh Touch N Go

Sumber: Awani

Comments

comments