Suri Rumah Nak Beli Kucing Ditipu Scammer, Rugi Lebih RM30k

Kucing Munchkin

Pasti ramai yang ingin jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan dan ada yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk dapatkan jenis-jenis yang agak luar biasa. Tapi lain pula jadinya dengan seorang suri rumah yang pada awalnya ingin membeli seekor kucing berharga RM500 dan mengalami kerugiaan sebanyak RM30,050. Allahu, scammer punya kerja lah ni.

Menurut laporan Berita Harian, wanita yang berusia 56 tahun ini berminat untuk membeli kucing jenis Munchkin yang telah diiklan menerusi Facebook atas nama ‘Suhair Rahman’ dan bersetuju dengan harga RM500 sebelum memberikan segala butiran peribadi kepada scammer untuk kucing itu dihantar ke alamatnya.

Pada hari yang sama, wanita itu membayar wang pendahuluan sebanyak RM150. Kemudian, scammer itu minta lagi wanita itu untuk membuat beberapa bayaran lagi sebagai wang jaminan ketika kucing itu berada di kastam, selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), insurans pembelian haiwan, lesen pemilikan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara serta upah menghantar kucing terbabit. Pergh! Banyak betul bayaran dia.

Advertisement

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani, mangsa membuat pembayaran ke dalam 10 akaun berbeza yang diminta.

“Suspek memberitahu semua wang itu akan dipulangkan semula kepada wanita berkenaan jika proses selesai dilakukan”

“Wanita itu juga diugut jika tidak membuat pembayaran, kucing berkenaan akan dirampas dan wangnya tidak akan dikembalikan”

Setelah sedar bahawa nombor telefonnya di ‘block’, mangsa terus membuat laporan polis semalam dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Apapun, sentiasalah berjaga-jaga ketika membeli apa-apa sahaja secara online sebab zaman sekarang ni dah ada macam-macam helah yang mereka buat untuk dapatkan duit dengan mudah.

SUMBERBerita Harian

Comments