Susulan #IsraelKoyak, Kini Netizen Israel “Flex” Pingat Gangsa Mereka

Seperti yang semua tahu, rejim zionis telah melakukan serangan terhadap penduduk Palestin pada bulan puasa yang lepas sewaktu mereka sedang menunaikan ibadah di Masjid Al-Aqsa .

Serangan itu berlaku selama beberapa hari sebelum genjatan senjata oleh kedua-dua belah pihak.

Keganansan ini telah mengundang kemarahan umat Islam sedunia dan kebanyakkan pemimpin-pemimpin negara Islam mengutuk keras serangan Israel, termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA : Negara Berdepan Serangan Siber Daripada Kerajaan Israel, Malaysia Termasuk Dalam Senarai

Advertisement

Sebelum ini, netizen Malaysia pernah melakukan serangan siber ke atas laman rasmi Twitter Pertahanan Israel (IDF) sehingga mereka membuat satu hantaran “Malaysian Troll Is Bullshit”.

Israel Koyak
Sumber – Twitter

Kini seorang penganalisis politik dan juga peguam, Arsen Ostrovsky pula cuba memulakan serangan siber ini ke atas Malaysia dengan mempersoalkan prestasi negara kita pada hari pertama di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

Aktivis Israel, Emily Schrader turut membalas hantaran tersebut dengan mengatakan siapa yang koyak sekarang.

Salah seorang netizen pula berasa lucu dengan Israel yang sudah bangga dengan hanya satu pingat gangsa manakala seorang lagi pula mengatakan pihak Israel masih terkesan dan koyak dengan serangan siber tempoh hari.

Netizen Malaysia buat kerja
Sumber – Twitter

Nampak gayanya, sampai tak sudah la troll berbalas ini. Apakah mereka tidak serik dengan serangan geng-geng bawang daripada Malaysia?

Sumber

Comments