Swafoto Dahulu Sebelum Naik Grab Selepas Ini!

4940

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kes seorang Pemandu Grab yang dilaporkan hilang, tetapi sebaliknya terjadi bahawa beliau dipercayai disamun dan di bunuh sebelum mayat dibuang di kawasan semak.

Berikutan kes yang berlaku baru-baru ini. Syarikat Grab telah memperkenalkan sebuah langkah terbaru bagi meningkatkan keselamatan para pemandu.

Sebelum menaiki kenderaan yang ditempah, para penumpang yang menggunakan servis perkhidmatan Grab ini diminta swafoto terlebih dahulu setiap kali menaiki kenderaan yang ditempah. Pasti anda semua pelik mengapa perlu swafoto sebelum menaiki Grab?

Ini kerana Grab ingin mengesahkan penumpang serta menjaga keselamatan pemandu sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Anda semua tidak perlu risau kerana gambar swafoto yang diambil tidak akan dikongsikan kepada pihak pemandu.
Undang-undang terbaru ini dilaporkan bakal bermula 12 Julai ini.

Semoga dengan adanya langkah baru, kejadian yang tidak diingini boleh dielakkan oleh pemandu Grab dan juga penumpang.

Comments

comments