Syabas, Malaysia Menduduki Tempat Pertama Bagi Kategori Perkhidmatan Kesihatan Terbaik Di Dunia!

406

Laman web International Living menyenaraikan Malaysia menduduki tempat pertama daripada enam negara yang mendapat penilaian terbaik dalam kategori Kesihatan Terbaik di Dunia untuk tahun ini.

hospital

Pengiktirafan itu sekaligus membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan infrastruktur canggih.

Pemilihan tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor iaitu hospital yang bersih, cemerlang, doktor yang terlatih, dan harga yang berpatutan.

Penilaian dilakukan oleh The Joint Commission International (JCI) yang merupakan satu organisasi diiktiraf di seluruh dunia meneliti taraf perkhidmatan kesihatan seluruh dunia.

JCI telah menilai sebanyak 13 buah hospital di negara ini dimana kebanyakan doktornya dilatih di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia fasih berbahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya rasa bangga dengan pengiktirafan yang diberi ini.

Sumber Berita: The Vocket

 

Comments

comments