Syarikat Memperkenal Seluar Jean Dengan ‘Kesan’ Basah Pada Kelangkang

Pelbagai rekaan fesyen yang unik dan menarik yang sudah dicipta di seluruh negara. Segelintir individu menyukainya namun ada juga sebaliknya kerana ‘selera’ setiap individu pasti berbeza.

Di London terdapat satu jenama fesyen, Wet Pants Denim memperkenalkan satu rekaan seluar jean yang unik dengan mempunyai kesan basah pada bahagian kelangkang seluar seakan ‘terkencing’, lapor The Sun.

Menurut jenama berkenaan, gaya tersebut dikeluarkan untuk memberi rasa selesa kepada si pemakai bahkan mungkin akan menjadi satu trend yang kekal di pasaran nanti. Wow.. trend baru.

Advertisement

“Dengan memakai seluar ini, artis, influencer dan sesiapa saja boleh menggayakannya walaupun seluar tersebut seperti ada kesan basah seperti terkencing”

Sumber : Wet Pants Denim

Tambahnya, mereka mengetengahkan gaya tersebut supaya si pemakai berasa yakin memakai seluar seakan-akan basah.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan seluar tersebut, ianya direka atas tempahan individu itu sendiri dengan warnanya dicelup menggunakan tangan bagi memastikan setiap helai rekaan itu berbeza. Bukan biasa-biasa eh style seluar ni.

Sumber 

SUMBERThe Sun

Comments