T-Fal Chopper; Mesin Pengisar Yang Tidak Memerlukan Tenaga Elektrik

219

T-Fal bukan lah satu jenama peralatan di dapur yang asing bagi kita yang tinggal di Malaysia.
Kualiti produk yang tinggi dikukuhkan lagi dengan design dan warna yang menarik merupakan sebab mengapa ramai produk ini sangat popular.

Baru-baru ini admin sangat tertarik dengan satu produk mesin kisar yang dikeluarkan oleh T-Fal. Mesin kisar yang kita lihat dijual di kedai-kedai peralataran dapur kebanyakannya digerakkan menggunakan kuasa elektrik. Namun begitu produk mesin kisar yang diberi nama T-Fal Chopper ini adalah sebaliknya.

Mesin kisar berbentuk kompak ini hanya memerlukan kuasa tangan untuk mengisar bahan yang dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. Pengguna hanya perlu menarik dan menolak pemegang yang mempunyai tali pada tanggalnya bagi memusing pisau kisar.

Masa yang diambil untuk mengisar hanyalah 5 saat, bersamaan dengan 5 kali ulangan tarikan dan tolakan pemegang bertali itu. Namun begitu jumlah kuantiti bagi satu kali proses pengisaran hanya terhad kepada 500ml bahan sahaja. Bentuknya yang kompak dan tidak memakan ruang juga merupakan salah satu sales point bagi produk ini.

Bagi mereka yang gemar berkhemah diluar (hutan mahupun tepi sungai) T-Fal mungkin boleh menjadi satu item yang memudahkan ketika mahu menyediakan bahan masakan. T-Fal menjangkakan produk ini akan mendapat sambutan yang hangat kerana harga jualannya juga adalah sangat berpatutan.

Comments

comments