Tahniah ‘Human Calculator’ Naib Johan Asia’s Got Talent

1731

Kita nak mencongak matematik pun kalau yang mudah 10+10 tu boleh lah? Kalau dah main no sampai berjuta pening kepala nak fikir. Terus ambik ‘calculator’ senang dia bagi jawapan tak payah fikir banyak.

Dah ada teknologi mudah, apalagi gunakan sebaik mungkin.

Anda semua kenal dengan “human calculator”? Yaashwin Sarawanan berusia 15 tahun? Beliau telah dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan Asia Got Talent (AGT) musim ketiga.

Tahniah diuacapkan kerana berjaya mendapat naib johan semalam.

Juara AGT musim ketiga ini menjadi milik ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien, yang banyak memukau penonton dengan muslihat mengagumkan dari jarak dekat. Beliau antara lain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000.

Sementara itu, satu lagi penyertaan Malaysia ke peringkat akhir iaitu kumpulan Nama, kandas dalam kelompok awal finalis bersembilan.

Kuartet nyanyian harmoni dengan imej gadis berhijab itu mencuri perhatian sejak pusingan saringan hinggalah ke pentas akhir yang diadakan di Singapura itu.

AGT musim pertama menampilkan empat juri tetap profesional dalam industri seni bagi mengadili para peserta ialah penerbit muzik terkenal David Foster, penyanyi tersohor Indonesia, Anggun Cipta Sasmi, dan bintang rap popular Amerika-Korea Selatan, Jay Park.

Comments

comments