Tahu Makan Duit Orang Je! Ramai Netizen Mahu Boikot Touch N Go

9179

Dalam minggu ini sahaja rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan sistem Touch n Go (TNG) yang digunakan oleh semua orang setiap hari untuk memudahkan hidup, contohnya pembayaran tol, parking dan perkhidmatan kenderaan awam.

Ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan ini telah ditularkan di Twitter oleh seorang netizen yang mana mereka semua ingin memboikot perkhidmatan Touch n Go atas beberapa sebab.

Dalam kehidupan kita, perkhidmatan Touch n Go telah monopoli semuanya. Tak kira di mana anda berada, contohya lebuhraya, pengakutan awam dan tempat letak kereta juga menggunakan sistem pembayaran Touch n Go SDN BHD.
pengakutan awam

Tujuan asalnya adalah memudahkan kehidupan kita sebagai pengguna.

Tetapi adakah ia telah memudahkan kehidupan anda semua di Malaysia?

Jika anda menggunakan kad Touch n Go di tempat letak kereta, anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak 10% dan perlu membayar lebih semata-mata nak memudahkan hidup kita?

tempat letak kereta

Itu belum lagi termasuk dengan caj yang telah dikenakan oleh syarikat letak kereta kepada Touch n Go yang telah mencuri wang kita tanpa sedar.

Bukan itu sahaja, jika anda tambah nilai kad Touch n Go juga dikenakan caj. Bukankah kita telah membuat pembayaran ke dalam kad kita.
tambah nilai

Jika kad anda tidak aktif dan masih ada baki dalam kad tersebut, baki tidak boleh dipindahkan ke dalam kad yang baru.

Baki anda hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun bank selepas 30 hari.

Menurut The Star, syarikat itu memiliki 20 juta kad. Oleh itu, jika setiap kad memegang purata, baki RM10, dengan mudahnya TNG akan mempunyai lebih daripada RM200 juta dalam akaun mereka mereka.

Persoalannya, apakah yang mereka akan lakukan dengan wang tersebut?

Rata-rata netizen di medial sosial telah bersuara dan membincangkan isu ini. Mereka juga merancang untuk memboikot perkhidmatan Touch n Go yang sepatutnya menyenangkan tetapi lebih banyak menyusahkan kita semua.

Mari kita lihat komen-komen dari mereka:

netizen boikot touch n go
starbucks pun boleh ambil duit balik
boikot touch n go
boikot touch n go
boikot touch n go



Menurut seorang pengguna Twitter, beliau berharap sangat agar sistem di Malaysia mengambil contoh seperti negara Korea yang menyediakan sistem  Tmoney & Cashbee card yang tidak mempunyai tarikh luput.

contohi Korea untuk sistem touch n go

Bukan itu sahaja, di Korea juga baki dalam kad tersebut boleh diambil semula di kedai serbaneka yang menyediakan servis ini.

Mungkin selepas tularnya luahan rakyat di Malaysia tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Touch n Go, syarikat ini akan lebih telus mengenai operasi syarikat mereka.

Kepada kerajaan, kajilah masalah syarikat Touch n Go yang telah monopoli perkhidmatan ini di Malaysia dan berilah peluang kepada syarikat lain untuk masuk dan menjadi pesaing kepada mereka agar dapat tingkatkan perkhidmatan. 

 

Paling penting dengarlah luahan hati rakyat juga.

 

Sumber: Twitter

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

comments