Tahukah Anda Lelaki Yang Botak Akan Kelihatan Lebih Bijak Dan Dominan

2131

Selalunya kalau kita tengok lelaki botak pasti banyak persepsi buruk tentang personaliti mereka.

Mungkin sebab itu ramai lelaki tidak gemar memilih untuk membotakkan kepada mereka.

Tetapi tahukah anda semua, satu kajian terkini mendapati bahawa lelaki yang botak sering terlihat sebagai lebih yakin, pintar, dan dominan.

lelaki botak lebih bijak

Kajian ini dijalankan oleh Profesor Dr. Frank Muscarella dari Barry University menjelaskan lelaki botak dianggap lebih dominan dari segi sosial berbanding lelaki lain.

Adalah benar lelaki yang mempunyai rambut kelihatan lebih menarik namun lelaki botak sebenarnya lebih cenderung dianggap sebagai seseorang yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi.

Golongan ini juga didakwa lebih dominan dan superior.

Semasa penyelidikan itu berlangsung, Dr. Frank Muscarella meminta satu kumpulan untuk menilai beberapa orang lelaki (peserta) mengikut 4 kriteria iaitu daya tarikan, keagresifan, pengertian, dan kematangan.

Kumpulan tadi ditunjukkan gambar-gambar lelaki yang mempunyai rambut.

Kemudian mereka ditunjukkan pula dengan gambar lelaki yang sama namun dalam keadaan tidak berambut. Apakah keputusannya?

Hasilnya ramai yang bersetuju bahawa imej tidak berambut itu kelihatan lebih jujur, pintar, dan maskulin.
lelaki yang tak berambut kelihatan lebih jujur

Penemuan Dr. Frank Muscarella itu turut disokong oleh penyelidikan yang dijalankan di University of Pennsylvania oleh seorang Ahli psikologi Albert E. Mannes yang membuktikan bahawa orang ramai lebih cenderung melihat lelaki botak sebagai entiti yang lebih stabil, dominan dan berjaya.

Lelaki yang botak juga dianggap seksi dan kelihatan bijak. Ini juga telah dibuktikan oleh Penyelidik dari Universiti Saarland yang telah menganalisis data berdasarkan pendapat dari 20,000 orang.

Sumber: Brightside

Comments

comments