“Tak Ada Istilah Kami Makan Atau Ambil Duit Pelanggan” Ini Penjelasan Pemilik Butik LEEYANARAHMAN

Gambar hiasan

Para wanita pasti sudah sinonim dengan jenama LEEYANARAHMAN, iaitu salah satu jenama pakaian muslimah terkenal dan sering menjadi pilihan ramai ‘hijabista’ di Malaysia.

Namun baru-baru ini kecoh mengenai masalah pengurusan yang berlaku di butik tersebut sehingga menimbulkan kemarahan pelanggan mereka di laman twitter.

Seorang pengguna twitter, Fatin Izati dikatakan telah meluahkan rasa kecewa dengan butik tersebut, apabila baju raya yang dipesan tidak sampai pada waktu yang dijanjikan. Namun apabila diminta untuk mengembali wang, butik tersebut tidak memberikan sebarang kata putus.

Tambahan lagi isu tersebut terus berlarutan apabila terdapat ramai pelanggan yang turut mengalami masalah yang sama, bertindak meninggalkan beberapa komen meluahkan rasa kecewa serta mengecam butik tersebut di Instagram.

Pemilik jenama dan butik pakaian muslimah LEEYANARAHMAN, tampil menjelaskan isu tersebut.

Difahamkan butik mereka ketika ini sedang mengalami masalah dengan kilangnya yang berada di Guangzhou yang baru mula beroperasi pada bulan Mac lalu berikutan masalah COVID-19 di sana. Tetapi kilang tersebut tidak dapat menyiapkan koleksi baju yang sudah dibayar sepenuhnya.

Dia menyatakan mereka kini sudah mengalami kerugian yang tinggi dan ditipu sebanyak RM3.5 juta disebabkan masalah tersebut.

Berikutan masalah refund duit pelanggan yang sibuk diperkatakan, difahamkan mereka kini sedang membuat semakan secara terperinci sebelum membuat pembayaran tersebut agar tidak di tipu memandang ia pernah terjadi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Demi Allah, kami tak ada guna duit pelanggan untuk ‘rolling’ perniagaan.”

Nur liyana rahman

Berkongsi masalah yang sedang dihadapi, pemiliknya Nur Liyana Abdul Rahman menjelaskan bahawa pihak mereka kini berada dalam situasi yang cukup tertekan apabila terdapat pelanggan yang bertindak kasar seperti ‘meludah’ dan ‘memaki’ mereka melalui aplikasi Whatssapp.

Bagaimanapun, pemilik jenama dan butik ini berjanji akan memulangkan semula duit pelanggan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Jumlah keseluruhan duit yang telah berjaya dikembalikan setakat ini adalah sebanyak RM300,000.

Sumber

Comments

comments