‘Tak Ada Masalah Nak Tunjuk Bukti, Kerja NGO Ni Ada Hitam Putih’ – Nadir Al-Nuri

Ebit Lew telah membuat IG live semalam dan perjelaskan kesemua tuduhan atau persoalan daripada beberapa pihak berkenaan misi bantuan di Gaza baru-baru ini. Ebit Lew juga ada bertanya kepada Nadir Al-Nuri kemana duit sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta yang disumbangkan kepada Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri pula harini memuatnaik satu gambar di Instagram miliknya beserta kapsyen seolah-olah menjawab persoalan yang ditujukan kepadanya.

Menerusi satu perkongsian di IG story, Nadir Al-Nuri perjelaskan bahawa kerja-kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memang ada rekod, dia akan menunjukkan segala bukti yang ada sekiranya diperlukan nanti.

Nadir Al-Nuri

Advertisement

Rilek guys. Saya okay je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah. Cuma sehari dua ni kena settle projek yang ni dulu.

Apapun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan mereka ini akan terus membantu orang-orang yang memerlukan di luar sana.

Sumber

Comments