“Tak Ada Sesiapa Percaya”, Netizen Kongsikan Kisah Rakan Lelaki Menjadi Mangsa Dalam Jenayah Rogol

1509
mangsa rogol
Sekadar gambar hiasan

Masih ingatkan anda tentang jenayah rogol yang dilakukan oleh Reynhard Sinaga, perogol bersiri paling prolifik di Britain? Kes itu menjadi gempar di seluruh dunia apabila dia menjadikan golongan pemuda yang mabuk berhampiran rumahnya sebagai mangsa.

Baca: Perogol Bersiri Paling Prolifik Britain Dengan Hampir 200 Mangsa Dipenjara 30 Tahun

Jenayah rogol biasanya dikaitkan dengan golongan perempuan sebagai mangsa tetapi kes ini berjaya menyedarkan ramai yang ianya boleh berlaku pada lelaki juga. Seperti seorang pengguna Twitter ini, dia berkongsikan kisah rakan lelakinya yang pernah menjadi mangsa rogol pada usia 21 tahun.

Dia rasa seperti ingin bunuh diri dan tertekan. Tak ada sesiapa yang membantu. Tak ada yang percaya padanya. Kata mereka, itu semua mustahil.

Menurutnya, rakannya itu mengalami depresi selepas kejadian itu ditambah pula tidak ada sesiapa yang percayakannya. Hanya kerana dia lelaki, kisahnya tidak dipandang serius oleh orang lain sehinggakan perogol itu masih lagi bebas di luar sana. Sementara, mangsa berada dalam keadaan trauma.

Kisah mangsa lain

Meninjau di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsikan kisah rakan lelaki mereka yang pernah menjadi mangsa. Ada juga golongan lelaki yang membuat pengakuan dan berkongsi sendiri kisah mereka. Jumlah sebenar mangsa lelaki di dalam kes seperti ini tidak dapat dipastikan kerana ramai yang memilih untuk tidak membuat laporan atas faktor tertentu.

Individu ini berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa ketika tinggal bersama pekerja ibunya. Salah seorang pekerja tersebut telah merogolnya sebanyak dua kali atau lebih dalam masa sebulan. Kejadian ini akhirnya berhenti selepas dia meningkat dewasa dan tidak lagi diganggu.

Tapi sudah jelas, ianya meninggalkan kesan dalam hidupnya sehinggakan dia trauma melihat pelaku tersebut masih bebas. Walaupun kes ini sudah diceritakan kepada keluarganya, nasib tidak menyebelahinya kerana tidak ada sesiapa yang percayakannya.


Stigma lelaki sebagai mangsa rogol masih lagi tidak begitu diterima oleh sesetengah masyarakat kerana ramai yang lebih mengaitkan dengan wanita sebagai mangsa dalam kes seperti ini. Netizen juga menasihatkan golongan lelaki yang pernah menjadi mangsa untuk tampil mendapatkan bantuan.

Artikel berkaitan: Bapa Reynhard Sinaga Terima Keputusan Mahkamah, “Dia Dapat Apa Yang Layak Untuknya.”

Comments

comments