Tak ‘Akward’ Lagi Bila Naik Berdua Dengan Pemandu Dalam Uber Bila Ada Mod Senyap 

6668

Di Amerika Syarikat(AS) sekarang, para pengguna Uber diberi pilihan untuk tidak berbual dengan pemandu Uber mereka kerana inginkan suasana sunyi dan lebih peribadi.

Ini kerana di AS kini terdapat servis mod senyap dalam aplikasi tersebut. Perhidmatan ini hanya kepada pengguna Uber premium yang memesan kereta mewah berwarna hitam.

Jika anda seorang yang lebih gemarkan privasi, dan tidak langsung mahu berbual dengan pemandu anda boleh menyatakan anda mahukan ketenangan atau ingin berbual dengan topik pilihan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pilihan suhu dan permintaan bantuan bagasi.

Wah, seronoknya jika Grab di Malaysia juga begini!

Bagi pengguna Uber premium, mereka juga boleh menambah masa untuk mengambil seseorang dan perkhidmatan telefon secara langsung kepada penggunanya.

Adakah Grab di Malaysia akan meniru perkhidmatan Uber ini?

Comments

comments