Tak Makan Dek ‘Saman’,Wanita Selamba Mandikan Anjing Di Bilik Salin Lampin R&R

183

Masih ada segelintir individu yang tidak mempedulikan sentiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

anjing

Perbuatan seorang wanita yang memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan jelas menujukkan sikap tersebut.

Rakaman klip video wanita berkenaan tular di media sosial selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Farah Shafiza Che Mat.

Farah bersama suaminya dikatakan singgah ke R&R itu untuk ke tandas sebelum mendengar bunyi kecoh beberapa pekerja pencucian yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.

Menurut Farah, kejadian itu berlaku kira-kira 3 pagi kelmarin dan wanita itu yang tidak mengendahkan beberapa individu yang menegurnya, kemudiannya beredar meninggalkan R&R berkenaan.

anjing

Katanya, atas dasar tanggungjawab, dia kemudiannya membuat laporan kepada PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan PLUS dalam laman webnya memaklumkan persekitaran bilik tukar lampin bayi itu sudah disamak dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan.

anjing

anjing

Harap kejadian sebegini tidak berulang lagi apatah lagi kalau melibatkan kawasan awam dan tumpuan ramai.

Sumber Berita: Harian Metro Online

Comments

comments