“Tak Nak Staff Lelaki”, Ibu Tolak Khidmat Doktor Lelaki Padahal Bayi Dah Lemas Dalam Kandungan

Kebiasaannya para ibu mengandung pastinya melakukan persiapan awal untuk hari bersalin nanti. Termasuklah menempah hospital, bilik, khidmat doktor dan sebagainya. Tetapi dalam situasi kecemasan, memang ada perkara yang tak dapat nak dielakkan berlaku.

Doktor ini kongsikan pengalaman ibu ini yang menolak khidmat staff lelaki di dalam situasi kecemasan. Bayangkan, bayi di dalam kandungannya sedang lemas dan dia masih bertegas tidak mahu staff lelaki! Masalahnya, nyawa anaknya sedang berada dalam keadaan bahaya.

I was running from ground floor to OT (operation theater) cuz it’s about baby lemas, sampai-sampai je the mom buat muka and said TAK NAK STAFF LELAKI!”

Advertisement

Dalam situasi macam ini, memang tak ada pilihan lain kerana tak ramai doktor wanita yang bertugas pada waktu itu. Lagi-lagi dalam situasi kecemasan macam ini, kalau dibiarkan terlalu lama ibu ini mungkin akan kehilangan anak dalam kandungannya.

“I’M SORRY SISTERR ni bukan masanya untuk demand nak staff perempuan. Ini kecemasan!”


Netizen juga ramai yang tak boleh nak ‘brain’ situasi ibu ini sedangkan sepatutnya keutamaan yang pertama adalah keselamatan anaknya sebelum apa-apa hal.

“Selfish gila maknya.”

“I pun emergency czer due to fetal distress. Me and my hub takda masalah sebab the most important thing is my baby selamat.”

“Boleh pulak berpikir nak female je..wei aku time emergency czer kami laki bini tak pikir dah, janji anak selamat aku selamat dah”

“Pastu kalau baby tu tak selamat kang salahkan hospital la, salahkan doktor la…”

Nampaknya, ramai yang kurang setuju dengan tindakan ibu ini. Dalam situasi macam ini, dua-dua pihak kena lah beri kerjasama untuk selamatkan nyawa bayi dalam kandungan. Apa yang penting, bayi dan ibu sama-sama selamat.

Comments

comments