Tak Pakai Mask Dalam Lif, Kanak-Kanak Setahun Disaman

Gara-gara tidak memakai pelitup muka di dalam lif, pihak pengurusan sebuah kondominium dipercayai telah mengeluarkan denda terhadap kanak-kanak berumur satu tahun.

Kejadian yang berlaku di Ampang, Selangor itu telah mengundang rasa tidak puas hati ibu bapa termasuk netizen sejurus ianya tular.

Orang ramai mempertikaikan tindakan pihak pengurusan mengeluarkan saman tanpa usul periksa.

Difahamkan, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut telah memohon penjelasan lanjut daripada pihak pengurusan. Namun, ini jawapan yang diterima.

Advertisement

Rata-rata mengecam tindakan keterlaluan pihak pengurusan yang dianggap tidak jelas dengan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Mereka menasihati pihak pengurusan supaya menyemak semula peraturan sebelum mengeluarkan denda.

Comments

comments

SOURCEOh! Media