Tak Puas Hati Minta Rider Foodpanda Belikan Roti Tetapi Ditolak, Gadis Dikecam

7764

Perkhidmatan Foodpanda mendapat sambutan hangat di Lembah Kelang kerana pelanggan boleh menikmati makanan yang lazat dari restoran ternama tanpa meninggalkan rumah.

Namun begitu, ada yang mengambil kesempatan dari perkhidmatan  ini menghantar nota kepada penunggang Foodpanda untuk membelikan mereka makanan yang tidak kena mengena dengan restoran, misalnya roti.

Seorang pengguna Twitter mendedahkan, dia menulis nota kepada penghantar makanan Foodpanda untuk membelikan sekali roti di samping menghantar makanan yang dipesan.

Ciapannya itu mendapat perhatian Netizen dan menyebabkan dia dikecam.

Ini kerana skop tugas penghantar makanan Foodpanda hanyalah membabitkan penghantaran makanan dari restoran atau outlet yang berdaftar dengan Foodpanda sahaja.

Netizen mengatakan, dia sepatutnya menggunakan perkhidmatan penghantaran dari penunggang BungkusIt atau memesan roti dari perkhidmatan penghantaran barangan runcit seperti Tesco Delivery atau Happy Fresh.

Sekiranya ada penghantar makanan Foodpanda yang membelikan roti untuknya, ia hanyalah atas ehsan dan budi bicara dan dia tidak seharusnya mengadu di media sosial apabila permintaannya ditolak.

Tidak kurang juga yang mengatakan gadis itu pemalas dan suka mengarah-arah. Mempunyai wang untuk membayar seseorang bukan bermakna boleh menyuruh seorang melakukan sesuatu dengan sesuka hati.

Gadis itu kini mengunci akaun Twitter dipercayai disebabkan kecaman yang diterima.

Hai, terlajak perahu boleh diundur…- amazingnara.com

Comments

comments