Tak Sempat Nak Keringkan Baju? Tips Wanita Ini Menggunakan Dryer Viral Habis!

Pastinya ramai diantara kita yang sering bersusah-payah menyidai kain, terutamanya mereka yang tinggal di kediaman tanpa halaman rumah. Dengan musim COVID-19 pula, kunjungan ke dobi layan-diri mungkin agak berisiko.

Walaupun posting ini dimuatnaik pada Januari 2020, namun sehingga kini, ianya masih viral!

Seorang pengguna Facebook : Shakila Zulkifli mengkongsikan pengalaman beliau menggunakan sebuah pengering baju berjenama Midea yang berharga hanya RM745 di Lazada

Bil elektrik naik? Tak juga.

Advertisement

Menurutnya, beliau menggunakan pengering baju ini 2 – 3 kali seminggu. Satu siri putaran mengambil masa 1-2 jam. Walaupun agak kerap menggunakan pengering baju, kos bil elektrik beliau hanya meningkat sebanyak RM11.

Boleh kering ke kain dengan baju semua? 

Kalau pakai dryer ini, pastikan anda setting dryness level – extra dan pilih “option” cotton. Memang ala kedai dobi.

Berapa banyak baju boleh masuk?

Lebih kurang satu bakul penuh, tapi harus diingatkan anda perlu susun sedikit pakaian supaya kering dia sekata. Kalau main humban je, memang gagal.

Bising ke pakai dryer ni? 

Ini video yang dimuatnaik oleh Shakila. Ada la bunyi sikit, bunyi button dan zip berlanggar je.

Lama ke sekali masuk?

Dryer ni ada fungsi auto-off, jadi tak perlu risau. Biasanya lebih kurang sejam lebih. Kalau terlajak tidur pun tak apa.

Macam mana nak “maintain” dryer ni?

Sebenarnya tak susah sangat pun, anda hanya cuma bersihkan filter setiap kali selepas satu “cycle” Kalau tak berhabuk nanti.

Sumber artikel dan gambar : FB

Comments

comments