Takut Murtad, Jemaah Kalimantan Rempuh Pagar Masjid Kerana Mahu Solat Jumaat

jemaah kalimantan rempuh masjid untuk solat jumaat

Indonesia kini telah melaporkan 4,241 kes positif melibatkan COVID-19 dan daripada jumlah tersebut 373 gagal diselamatkan. Lebih membimbangkan kerana jumlah pesakit yang sembuh dan boleh discaj adalah kurang daripada jumlah kematian iaitu 359 mangsa sahaja.

Umum mengetahui bahawa Indonesia adalah merupakan satu negara yang mempunyai ketumpatan populasi yang sangat padat lantas menyebabkan penularan wabak ini berlaku dengan cepat sekiranya tidak dibendung dengan baik.

indonesia covid-19

Walaupun sudah acap kali diminta supaya kekal di rumah buat sementara waktu ini tetapi masih ramai lagi rakyat negara tersebut yang degil dan melanggar arahan pihak berkuasa.

Advertisement

Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial apabila kelihatan sekumpulan jemaah lelaki telah menggoncang dan cuba memanjat pintu pagar sebuah masjid kerana mahu menunaikan ibadah solat Jumaat.

Bahkan walaupun pagar tersebut dijaga oleh pengawal, kesemua jemaah yang berkumpul itu bersorak gembira apabila dapat membuka pagar tersebut dan tanpa segan terus menyerbu masuk.

Daripada informasi pengguna lain, kejadian itu dikatakan berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura, Kabupaten Banjar Kalimantan Selatan.

Perkara tidak terkawal itu berlaku akibat penduduk di sekitar kawasan tersebut yang tidak dibenarkan untuk menunaikan ibadah tersebut selama dua minggu berturut-turut mula ‘mengamuk’ kerana risau akan murtad dan menjadi kafir.

Sementara wabak COVID-19 ini masih lagi berada di peringkat yang serius, semua penduduk seharusnya mematuhi segala arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana mereka lebih arif mengenai hal sedemikian.

Untuk tangani pandemik ini, semua orang memainkan peranan yang penting dan bukannya kerajaan sahaja.

Comments

comments