(TAKZIAH) Anggota Bomba Muhammad Adib Meninggal Dunia Di IJN

427

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara.

Berita sedih itu disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin. Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, pagi esok sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kedah menaiki helikopter bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

Semalam, pihak IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas. Paru-paru bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Kehilangan Allahyarham nyata memberikan kesan yang mendalam dalam hati rakyat Malaysia. Rata-rata netizen mahu kes ini tidak senyap begitu sahaja dan siasatan lanjut dapat dijalankan bagi mendapatkan keadilan buat Adib.


Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga Adib. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

Sumber Berita : BH ONLINE

Comments

comments