Tamagochi X Pokemon Bakal Muncul Kembali Tahun Hadapan

108

Permainan digital popular tahun 90an, Tamagochi, memang sangat digilai oleh para remaja pada waktu itu. Semua ingin menjaga ‘haiwan’ peliharaan digital ini dan bawa ke mana sahaja mereka pergi.

Berjuta orang diseluruh dunia membeli permainan digital bersaiz poket ini pada waktu itu dan menjadi satu fenomena yang besar.

Bermula di Jepun, fenomena ini disebarkan diseluruh dunia termasuk di Malaysia.

 

Seperti kebanyakan permainan pada pertengahan hingga akhir tahun 90-an, banyak syarikat telah mengintegrasikan teknologi baru untuk mencipta semula aktiviti.

Bermula dengan platfom digital, kini kerjasama Pokemon x Tamagotchi telah menarik perhatian ramai sejak beberapa bulan lalu, dan sekarang, peminat anime sangat teruja dengan tarikh pelancaran.

Tarikh pelancaran rasmi untuk Tamagotchi adalah 26 Januari. Imej tentang kolaborasi ini telah tular di internet pada awal bulan ini dan mengesahkan bahawa Eevee akan menjadi Pokemon pertama untuk Tamagotchi ini.

Ia akan dijual pada harga ¥ 2,300 JPY (~RM85). Tetapi buat masa ini, permainan ini hanya akan dilancarkan di Jepun sahaja.

Berbeza dengan Tamagotchi yang terdahulu, Eevee anda boleh berevolosi bergantung bagaimana anda menjaganya.

Ini pasti menerujakan untuk para pengumpul Tamagochi terdahulu. Mungkin anda boleh plan untuk melancong ke Jepun Januari hadapan untuk dapatkan Tamagochi ini atau minta tolong rakan-rakan yang berada di sana.

Sumber: Hot new hiphop

 

Comments

comments