Taman Awam Kini Boleh Beroperasi Semula – Annuar Musa

Baru sahaja Menteri Kanan Pertahanan mengumukan semalam penutupan semua taman awam di Wilayah Persekutuan, kini Tan Sri Annuar Musa, selaku Menteri Wilayah Persekutuan telah mengumumkan kebenaran membuka semula taman awam di sekitar Wilayah Persekutuan KL.

Aktiviti riadah secara bersendirian sahaja dan tidak melibatkan aktiviti berkumpulan.

Umum diketahui antara isu yang dibangkitkan sewaktu pengumuman PKP 2.0 adalah kesihatan mental akibat tiada pergaulan dan senaman. Oleh itu, Perdana Menteri telah memberi kelonggaran untuk menjalankan aktiviti senaman tertakluk pada SOP yang ditetapkan oleh KKM.

Namun demikian, setelah dua hari PKP 2.0 berkuatkuasa, Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri telah mengumukan penutupan semua taman awam untuk membendung wabak COVID-19.

Kini, boleh pula dibuka. Jadi yang mana satu wahai menteri-menteri sekalian?

SUMBER 

Advertisement

 

 

Comments