Tamat Sudah Penampakan Kereta Kancil ‘Viral’ Yang Akhirnya Ditahan Pihak Berkuasa

3801

Sebelum ini pernah kecoh dengan ‘penampakan’ kereta kancil yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan tidak terurus. Bukan sahaja tular kerana penampilan pemandunya tetapi juga keadaan kereta kancil tersebut yang dijumpai di serata Malaysia dalam keadaan tidak sempurna.

Mungkin kalau sekali pandang kita sendiri pun tak yakin kereta kancil itu mampu berjalan jauh. Dengan keadaan serba kekurangan itu menyebabkan ianya tular di laman sosial.

Tetapi kini dilaporkan kereta kancil itu telah ditahan oleh pihak berkuasa di atas beberapa kesalahan. Sebelum ini juga pernah dilaporkan pemandu tersebut memandu dalam keadaan berlawan arus. Sebenarnya banyak juga laporan diterima tentang pemanduan bahaya pemandu terbabit.

Walaupun nampak mencurigakan, pemilik kereta kancil itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah pada masa lampau.

Melainkan saman atas kesalahan cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh dan kesalahan tidak mempunyai nombor pendaftaran di hadapan dan belakang kereta.


Netizen turut berkongsikan pengalaman ‘terserempak’ dengan kereta kancil itu di beberapa lokasi berlainan. Yang peliknya, kereta ni tetap gagah berjalan dengan keadaan macam itu.




Dengan penahanan dari pihak berkuasa ini, mungkin inilah penamat bagi kisah kereta kancil yang tular ini. Apa-apa pun jangan lah kita menilai hanya daripada luaran sahaja. Yang penting, kereta kancil ini memang power.

Comments

comments