“Tandas Tempat Syaitan”, Arkitek Ini Jelaskan Isu Tandas Dalam Bilik Tidur Tidak Patuhi Syariah

15715

Kalau diikutkan pada zaman dahulu, kebanyakan rumah orang Melayu akan meletakkan tandas di luar rumah. Ada yang katakan kerana tandas merupakan tempat syaitan berkumpul, jadi sebab itu tandas diasingkan di luar.

Seorang arkitek berkongsikan pandangannya tentang hal ini di laman Facebook miliknya. Jadi betulkah tandas di dalam bilik tidur tidak patuhi syariah?

“Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.”

tandas
Kebanyakan rumah pada masa kini memang tandas diletakkan dalam bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus menghadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!

Pernah saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.

Selepas dia keluar dari tandas, mak cik itu arahkan supaya cepat-cepat tutup pintu tandas. Setiap kali ada yang keluar dari tandas, dia akan meminta mereka untuk menutup pintu tandas dengan segera. Katanya untuk mengelakkan syaitan masuk ke dalam biliknya nanti.

tandas
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.

Menurutnya juga, isu ini seringkali menjadi persoalan ramai padanya yang ingin memastikan sama ada boleh atau tidak tandas diletakkan sekali dalam bilik tidur.

Tempoh hari doktor O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya, selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya, “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?

tandas dalam bilik tidur
Dia juga menyarankan supaya kita lebih kreatif ketika membuat rekaan untuk pelan rumah. Tak ada masalah untuk tempatkan tandas di dalam bilik tidur asalkan bijak bermain dengan kedudukan tandas.

“Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas R&R tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini atau apa-apa”

Terpulang kepada masing-masing asalkan mengikut kemampuan. Jika sudah terlambat, cukup dengan menjaga kebersihan tandas kerana Islam sendiri mementingkan kebersihan dalam segala aspek. Yang penting, ukur baju di badan sendiri.

Sumber: Facebook

Comments

comments