Tangan Krew Kabin Patah Ketika Bantu Angkat Bagasi Penumpang Penerbangan

1880

Mungkin ramai tidak mengetahui, namun sebenarnya, mengangkat bagasi berat milik penumpang yang enggan mendaftarkan bagasi itu masuk ke dalam kargo ketika penerbangan bukan tugas krew kabin. Namun begitu, ramai mahu krew kabin berbuat sedemikian sedangkan ia bukan tugas mereka.

Seorang pengguna Twitter mendedahkan, rakannya yang merupakan seorang pramugari telah menulis di Instagram Story mengenai seorang krew kabin yang patah tangan kerana bantu mengangkat bagasi berat seorang penumpang.


bagasi penumpang, krew kabin, tangan patah, angkat, bagasi, penumpang, tanggungjawab

Sebenarnya juga, permintaan penumpang untuk krew kabin mengangkat beg-beg mereka ke atas kompartment juga boleh menyebabkan slipped disc yang menyakitkan.

Oleh itu ada baiknya jika barang yang anda bawa telalu berat, daftarkan masuk saja ke dalam kargo. Sekiranya anda enggan, anda sepatutnya bertanggungjawab mengangkat bagasi tersebut sendiri ke kompartment tanpa melibatkan krew kabin.

Bagasi anda, tanggungjawab anda. – amazingnara.com

Comments

comments