Tangan Kudung Tak Halang Wanita Ini Memandu

1981

Memandu adalah satu kemahiran wajib dipelajari pada zaman sekarang agar ia dapat memudahkan anda bergerak kemana-mana tanpa menyusahkan orang lain.

Tetapi, bagaimana pula dengan Orang Kurang Upaya (OKU)? Adakah mereka boleh memandu sama seperti kita? Jika anda nak tahu baru-baru ini tular satu video di media sosial apabila seorang wanita memandu kereta dengan menggunakan kaki.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Norfarrah Syahirah Shaari merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Harian Metro, Norfarrah, 31 adalah OKU yang kudung kedua belah tangan sejak lahir dan menggunakan kaki untuk melakukan kerja harian termasuk memandu ke tempat kerja serta lain-lain destinasi.
Norfarrah,31 OKU yang kudung

Tak nak menyusahkan bapanya dan orang sekeliling

Rutin memandu ini sudah 7 tahun dilakukan oleh Norfarrah walaupun ketika berseorangan.

Sebelum ini, bapanya Shaari Othman, 64, kerap berulang alik dari rumah untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari tempat kerja dan keadaan itu membuatkan dia terfikir sampai bila perlu mengharapkan bapanya serta orang sekeliling.

Ambil lesen kereta

Bertitik tolak dari situ, timbul keinginan untuk memiliki lesen memandu dan mulanya, saya tidak yakin sehingga melihat kebolehan seorang rakan OKU memandu walaupun dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan.

Nurfarrah ambil lesen kereta

Sejak itu juga, saya kerap berhubung dengannya (rakan OKU) untuk bertanya dengan lebih lanjut sebelum memberanikan diri untuk belajar dan alhamdulillah, saya lulus dalam ujian memandu.

Sukar meletak kereta dalam keadaan mengundur

Perkara paling sukar untuk dilakukannya ketika mula memandu adalah meletak kenderaan dalam keadaan mengundur.

Nurfarrah sukar letak kereta mengundur

Memang sukar tetapi tak sampai sebulan, saya sudah dapat membiasakan diri untuk memandu sendiri dengan yakin.

 

 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan setakat ini, saya belum pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya.

 

Malah, saya selesa memandu dengan kedua belah kaki dan tidak timbul masalah kerana selama ini, rutin harian lain turut dilakukan dengan anggota berkenaan.

Video yang tular di Twitter

Sebelum ini video ini telah dimasukkan oleh Nur Fazila Jani. Beliau hanya berkongsikan rakaman video Norfarrah sedang memandu dalam kereta dan memuatnaiknya di Twitter, dengan tujuan berkongsi pengalamannya dengan pengikut.

“Saya berkenalan dengan Kak Farrah (panggilan untuk Norfarrah) ketika dia menjadi penceramah jemputan di sebuah sekolah.

Selesai program, saya menaiki kereta bersamanya dan pada waktu itulah saya berpeluang melihat kebolehannya memandu menggunakan kaki.

Kiranya, itu kali pertama saya melihat OKU memandu menggunakan kaki dan bertindak merakam video kerana kagum dengan kebolehannya.

 

Kepada anda yang masih takut untuk memandu kereta, jadikan wanita ini sebagai inspirasi, kerana walaupun dia OKU tetapi mampu untuk memandu.

Tetapi anda yang normal pula masih takut untuk memandu walaupun mempunyai lesen. Jadi, kuatkan semangat ya, memandulah selalu agar anda lebih cekap!

 

Sumber: Harian Metro & Twitter

Comments

comments