Tangisan Amir Kerap Didengar Jiran

rumah magsa

Siapa sangka kehadiran van ambulans di hadapan rumah dikejutkan dengan kematian anak jirannya akibat lemas di dalam tong.

Seorang jiran yang dikenali sebagai Kak Aish, 47, berkata dia bukan sahaja terkejut malah sedih mengenangkan mangsa yang berusia tujuh tahun sering termenung di balik tingkap jeriji rumahnya.

kanak-kanak didera

Tambahan, dia yang berpindah di taman itu sejak tahun 2018, berkata ibu kandung kepada kanak-kanak itu jarang bergaul dengan jiran tetangga dan sering melihat wanita itu hanya keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah berdekatan.

Advertisement

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan, dia tidak lagi melihat kelibat wanita itu keluar bekerja dan adakalanya  kanak-kanak lelaki malang itu berada di halaman rumah bermain bersama dua adiknya.

“Semalam (Jumaat) memang saya nampak ambulans, kemudian suami saya bertanyakan kepada suami wanita (ayah tiri kanak-kanak lelaki) dan dia memaklumkan anaknya meninggal dunia kerana lemas di dalam tong. Bila lihat tong berwarna biru dan mayat kanak-kanak itu diusung keluar dari rumah mereka, saya sebak dan pilu”.

Pasangan suami isteri tersebut direman tujuh hari selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya.

Seorang lagi jiran memberitahu dia kerap mendengar tangisan kanak-kanak dari rumah jirannya namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap tabiat itu biasa.

“Bila nampak ambulans datang, saya terus bergegas keluar rumah dan diberitahu ayah tiri mangsa bahawa anaknya meninggal dunia akibat lemas manakala ibu mangsa duduk di sofa dan menangis”. 

Rumah teres dua tingkat itu diletakkan pita pelekat kuning polis dan terdapat sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih selain sebuah lori tiga tan yang diletakkan di hadapan rumah dipercayai milik bapa tiri mangsa.

Sumber

SUMBERSinar Harian

Comments