‘Tarantula’ Jadi Pilihan Nama Untuk Kenderaan Berperisai Pertama Buatan Malaysia

Syarikat Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) telah mengeluarkan satu kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama dalam negara. Hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan secara rasmi nama kenderaan tersebut sebagai Tarantula HMAV4X4, lapor Kosmo Online.

Menurutnya, kenderaan berperisai tinggi itu dibina sepenuhnya teknologi dan hasil kepakaran anak Malaysia. Demi memastikan potensi kenderaan tersebut, terdapat beberapa penilaian yang telah dilakukan seperti ketahanan di lebuh raya, penggunaan minyak, ujian muatan, kecekapan, ujian mendaki serta cerun dan sebagainya.

“Ujian berlangsung selama sembilan hari merangkumi perjalanan sejauh 700 kilometer (KM) di atas jalan raya dan 300 KM secara ‘off-road’ termasuk beberapa ujian berhalangan lain”

Advertisement

Selain itu, tatacara uji nilai ini dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia selaras dengan pelaksanaan peringkat antarabangsa.

Nama kenderaan berperisai tinggi ini diambil daripada nama spesis labah-labah yang bertaring besar iaitu Tarantula kerana bersesuaian dengan kemampuan kenderaan berperisai itu untuk melaksanakan operasi dalam pelbagai keadaan dan cuaca.

Sumber 

Comments

comments