Tarian Breakdance Bakal Dipertandingkan Di Olimpik Paris 2024?

32

Breakdancing merupakan tarian hip-hop jalanan yang popular sekitar tahun 70-an di New York. Malah tarian itu juga pernah popular di Malaysia sekitar tahun 80-an.

olimpik

Walaupun kini muncul pelbagai jenis tarian moden, namun ia tidak menghalang tarian tersebut daripada terus ‘hidup’.

Terbaharu, breakdancing telah dijemput sebagai sukan baharu oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024.

Sebelum ini breakdancing pernah diperkenalkan di Sukan Olimpik Belia 2018 di Buenos Aires, menerusi bentuk ‘battle’.

Penganjur mahu sukan tarian, breakdancing, papan selaju, sport climbing, dan luncur ombak dipertandingkan pada temasya sukan tersebut bertujuan menjadikan Sukan Olimpik lebih ‘urban’ serta lebih ‘artistik’.

olimpik

Cadangan menyenaraikan acara tersebut akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hujung bulan depan (26-28 Mac).

Jika cadangan itu diterima, cadangan itu akan dibawa ke Persidangan IOC pada Jun 2019.

Sumber Berita: Astro Awani

Comments

comments