“Tarik Balik Panggilan Da’i”, Satu Petisyen Hapuskan Panggilan Untuk Penunggang Agama Dilancarkan

14019
Gambar sekadar hiasan

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kontroversi yang mengaitkan golongan Pencetus Ummah (PU) dan Da’i yang lahir dari rancangan realiti televisyen. Baru-baru ini pula, seorang Da’i viral di media sosial selepas menceraikan isteri pertamanya untuk berpoligami.

Kini satu petisyen bertajuk “Tarik Balik Panggilan Da’i, PU, IM & Ustaz Utk Si Penunggang Agama – Panggil Encik Saja” dilancarkan. Petisyen yang baru sahaja dilancarkan ini sudah mendapat hampir 5,000 tandatangan setakat ini.

petisyen
Assalamualikum.

HARAMKAN, TARIK BALIK penggunaan julukan (title) Pencetus Ummah – PU, Imam Muda – IM atau Da’i kepada penunggang-penunggang agama, si pencemar kesucian Islam : Panggil mereka Saudara atau Encik sahaja.

RANCANGAN REALITI TV yang berkonsepkan AGAMA seperti rancangan PU, IM dan Da’i akhirnya mencalarkan agama yg Syumul ini, ISLAM. Walaupun bukan semua PU, IM & Da’i berperangai ikut kaedah syariat ciptaan syok sendiri mereka, tapi segelintir pelaku-pelaku berkelakuan amat memalukan ini, memberi impak yang amat buruk kepada agama Islam dan org Islam khasnya, dan kaca mata pandangan bukan Islam amnya.

Fenomena menggunakan gelaran ustaz, mengelar dan memanggil diri sendiri sebagai ustaz untuk kepentingan peribadi dengan akhlak yang bertentangan dengan cara hidup Islam adalah sangat serius.

Ianya serius kerana pelaku-pelaku ini adalah kelahiran RANCANGAN REALITI TV. Sudah tentunya telah ada pengikut yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Mereka menjadikan ‘ustaz-ustaz’ ini ‘role model’ mereka.

Pelaku-pelaku ini menggunakan alasan agama atas kapasiti sebagai ‘ustaz celebriti’ utk kepentingan peribadi di sosial media. Maka, DI SINILAH MASALAH BERMULA – Ini semua virus, penyakit. Cukup-cukuplah dan hentikanlah!

Kalau pelaku-pelaku ini bukan kelahiran RANCANGAN REALITI TV, Aiman tak kisah pun sebab yang berakhlak buruk itu pelaku-pelaku ini dan tidak membawa nama PU, IM atau Da’i malah bukan ‘role model’ untuk manusia sekian alam.

ceramah
Gambar sekadar hiasan

Justeru HARAMKAN, TARIKBALIK penggunaan nama PU, IM & Da’i kepada penunggang-penunggang agama ini! Panggil pelaku-pelaku ini Encik sahaja.

Selain itu, di dalam petisyen ini juga meminta untuk dibatalkan rancangan realiti TV agama atau menyemak semula rancangan tersebut.

Rancangan Realiti TV Agama adalah suatu penghinaan kepada institusi keilmuan Agama Islam. Kecuali ianya di semak semula dengan mengambil kira dari pelbagai sudut.

Ada banyak isu lebih penting

Kes penderaan seks terhadap kanak-kanak masih tinggi, keganasan rumahtangga terus meningkat (harap bukan influence ustaz-ustaz ini), sumbang mahram juga terus meningkat, hubungan sejenis lagi terus meningkat. Tapi kita sibuk buat rancangan realiti TV keagamaan untuk calon-calon yang tak berkualiti.

Baca: “Cukup-Cukuplah Tunggang Agama Demi Kepuasan Anda”, Lelaki Kahwin Kanak-Kanak 11 Tahun Dibidas

Islam bukan untuk di pentaskan! Kembali kepada ummah tinggalkan dunia glamour. Jom kita team up kuatkan Islam. Ianya bermula dari kita: Suami, Isteri, Anak-anak. Jadilah suami/bapa role model kepada isteri dan anak-anak, Insyallah kamu akan menjadi role model kepada masyarakat.

Untuk yang ingin sertai petisyen yang dilancarkan, klik di sini.

Comments

comments