Tauke Kedai Makan Beri RM10,000 Kepada Anak Raih Keputusan UPSR 5A1B

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang, ini bukanlah pengakhiran hidup buat anak anda.

Baru-baru ini tular kisah sepasang suami isteri menghadiahkan anak mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR jambangan bunga duit kertas bernilai RM10,000.

Wang tunai itu dihadiahkan Nor Ashikin Ahmad Pauzai, 33, dan suami, Ihsan Fahmi Ishak, 43, kepada anak ketiganya iaitu Muhammad Danish Haziq yang memperoleh keputusan 5A dan 1B.

Danish
Pada awalnya, anak mereka meminta iPhone terbaru sebagai hadiah namun mereka tidak menuruti kehendaknya kerana tidak mahu anak mereka lalai.

Advertisement

Pasangan suami isteri ini berniaga sendiri dan banyak menghabiskan masa di kafe berbanding anak-anak.

Jadi ini sahaja hadiah yang mampu mereka berikan kepada anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

Kami bukan keluarga senang. Saya dan suami menggunakan wang simpanan kami selain bertungkus lumus berniaga bagi mencukupkan jumlah itu dalam masa tiga bulan.
Alhamdulillah, keputusan Danish sangat memuaskan walaupun bukan 6A. Apabila, kami beri wang itu terus dia kata nak simpan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

jambangan bunga RM10,000

Kisah gubahan bunga duit kertas RM10,000 ini mula tular di media sosial berikutan semua gambar yang diambil oleh pemilik kedai tempahan bunga tersebut.

Menurut pemilik Rak Bunga Florist, Una Rushana, ini adalah kali pertama perniagaanya menerima tempahan gubahan RM10,000 bagi meraikan keputusan UPSR.

Wang itu hanya dihantar pada 5 petang dan kami ada masa empat jam bagi menyiapkan gubahan itu sebelum makan malam bagi meraikan Danish bermula.

Alhamdulillah, walaupun ia tempahan saat akhir, namun kami berjaya menyiapkan gubahan wang tunai RM10,000 itu.

Semoga terus berjaya pada masa hadapan adik!

Comments

comments