Tawar Skrin Besar Dan Jelas, TV HUAWEI Vision S Series Sokong Paparan Full HD 1080p

HUAWEI Vision S Series

Huawei sedia membuat pelancaran produk terbaru mereke iaitu HUAWEI Vision S Series bersempena dengan pengumuman strategi Seamless AI Life 1+8+N.

Ia dilengkapi dengan teknologi terbaru beserta AI, TV terbaru keluaran HUAWEI menawarkan pelbagai fungsi buat para pengguna mereka.

HUAWEI Vision S series

Dalam masa yang sama, pengguna berpeluang membuat panggilan video bersama keluarga serta rakan-rakan dengan mudah dan cepat. Lebih menarik, ia juga turut menyokong paparan Full HD 1080p buat panggilan video menerusi aplikasi HUAWEI MeeTime.

Advertisement

Menerusi HUAWEI Vision S Series, ia dilengkapi dengan Intelligent Bandwidth Adjustment di mana pengguna tidak lagi akan mengalami masalah lagging semasa menjalankan panggilan video atau ketika bermain permainan video.

HUAWEI Vision S Series

HUAWEI Vision S Series semestinya lebih fun kerana ia menawarkan skrin yang besar dan jelas di mana ia akan memudahkan anda mendapatkan potret keluarga dengan lebih jelas menerusi penawaran kamera 13-megapixel Magnetic Camera.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEThe Vocket